Cara Membahagikan Dividen KWSP Yang Patuh Syariah

Setiap tahun, kebiasaannya dalam bulan Februari, KWSP akan mengisytiharkan % dividen kepada ahli-ahlinya. Timbul satu persoalan, iaitu apakah status pelaburan dividen tersebut? Adakah ianya halal (patuh syariah) atau haram (tidak patuh syariah)?

 

Kini, KWSP telah memperkenalkan Simpanan Shariah yang pendaftarannya bermula pada 8 Ogos 2016. Jadi selepas ini KWSP akan terbahagi kepada Simpanan Konvensional iaitu versi yang lama dan Simpanan Shariah iaitu versi yang baru. Sudah tentu kita perlu merebut peluang untuk beralih kepada Simpanan Shariah, namun untuk tujuan perbandingan, kami akan berkongsi tentang kedua-dua jenis simpanan ini.

 

Perbandingan KWSP Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah

 

KWSP Simpanan Konvensional

 

Menurut Ustaz Zaharuddin seperti di bawah, hukum dividen KWSP Simpanan Konvensional ada isu pelaburan bercampur berdasarkan surat status pelaburan KWSP. Namun ianya boleh diselesaikan dengan cara mendermakan % dividen dari pelaburan tidak patuh syariah, kemudian baki % dividen dari pelaburan patuh syariah tersebut bolehlah diambil.

 

Surat Status Pelaburan Dividen KWSP

 

Ini dikuatkan lagi oleh kenyataan KWSP sendiri berkenaan statistik dan status patuh syariah terkini pelaburannya seperti berikut:

 

Kenyataan Pelaburan Patuh Syariah Dividen KWSP

 

Jadi bagaimana untuk menentukan % dividen yang patuh dan tidak patuh syariah ini? Cara pengiraannya ada dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin berikut:

 

 

Rumusannya:

 

  • 35% dari jumlah simpanan KWSP adalah daripada dividen
  • 70% (Ustaz Zaharuddin) atau 52% (pakar lain) dari dividen tersebut adalah tidak patuh syariah

 

Oleh itu melalui panduan tersebut, kita dapat merancang dan mengira jumlah simpanan KWSP yang perlu diasingkan. Menggunakan Kalkulator Simpanan KWSP, kita dapat mengetahui anggaran jumlah simpanan akhir seperti contoh berikut:

 

Kalkulator Simpanan & DIviden KWSP

 

Anggaran dalam contoh di atas ialah RM926,900. Jadi, pengiraannya mengikut kadar dividen tidak patuh syariah 70% ialah:

 

  • Pengasingan jumlah dividen = RM926,900 x 35% = RM324,415
  • Pengasingan dividen tidak patuh syariah = RM324,415 x 70% = RM227,090
  • Jumlah baki boleh diambil = RM926,900 – RM227,090 = RM699,809

 

Akhirnya, jumlah tidak patuh syariah tersebut bolehlah dibersihkan dengan didermakan. Seperti kata ustaz di atas, boleh juga menggunakan kadar dividen tidak patuh syariah 52%. Terpulanglah kepada kita untuk menggunakan kadar mana yang kita lebih yakini.

 

KWSP Simpanan Shariah

 

Alhamdulillah, kini ada pilihan KWSP Simpanan Shariah untuk memastikan simpanan KWSP kita benar-benar patuh syariah. Ianya mempunyai Jawatankuasa Penasihat Shariah yang disertai Ustaz Zaharuddin juga sendiri bersama anggota-anggota yang lain.

 

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP

 

Menurut Jawatankuasa tersebut dan juga Fatwa Majlis Kebangsaan, pembahagian dividen KWSP yang patuh syariah sudah tidak perlu dibuat bagi yang memilih untuk bertukar kepada KWSP Simpanan Shariah ini.

 

Pembahagian DIviden KWSP Simpanan Shariah

 

Jadi seperti contoh di atas, anggaran jumlah simpanan RM926,900 tersebut tidak perlu disucikan lagi dan semuanya boleh diambil. Namun seperti yang telah dijelaskan oleh jawatankuasa tersebut di atas, bagi yang masih ingin membuat pembahagian, bolehlah menantikan pengumuman garis panduannya oleh jawatankuasa tersebut kelak.

 

===

 

Akhir kata, rasanya sudah terang lagi bersuluh pilihan mana yang patut kita buat. Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke website KWSP Simpanan ShariahKongsikannya pandangan anda di bawah ini.