6 Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Bijak

Seperti yang kita telah sedia maklum, kad kredit merupakan satu alat yang mempunyai kebaikan dan juga keburukan. Jadi bagaimana hendak menggunakannya dengan sebaiknya? Berikut adalah cara-caranya:

 

1) Guna 1 sahaja kad paling sesuai

 

Pertama sekali kita gunalah 1 sahaja kad yang paling sesuai dengan kita. Ini agar kita lebih mudah mengawal perbelanjaannya. Boleh pilih menggunakan website CompareHero yang boleh membandingkan antara pelbagai kad:

 

 

Sudah semestinya kriteria pertama yang perlu dipilih ialah kad ‘Islamic’. Kemudian pilihlah kriteria-kriteria lain, iaitu mengikut pendapatan kita: ‘Min monthly income’. Serta perbelanjaan kita juga, jika kita banyak berbelanja ke arah petrol, pilihlah kad yang memberi banyak kelebihan kepada perbelanjaan petrol di bahagian ‘More info’. Bonus tambahan jika mendaftar kad kredit melalui CompareHero ialah berpeluang mendapat ‘Exclusive free gift’ yang mungkin tiada jika mendaftar di bank.

 

2) Guna untuk dapat bonus sahaja

 

Kita perlu sematkan mindset bahawa kita menggunakan kad kredit hanya untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan yang tidak diperolehi jika kita membayar dengan wang tunai. Ini termasuklah reward point dan cashback. Jadi perbelanjaan kita jika ada atau tiada kad tersebut sepatutnya sama sahaja. Sebagai contoh:

 

Perbelanjaan petrol sebulan dengan wang tunai = RM600

VS

Perbelanjaan petrol sebulan dengan kad kredit = masih RM600 + reward points + cashback

 

Tip bonus: Dapatkan lebih banyak cashback tambahan dengan menggunakan Shopback

 

3) Sentiasa buat bayaran penuh

 

Sebaik sahaja mendapat penyata, kita buatlah bayaran penuh. Kita akan elakkan dari hanya membuat bayaran minima sahaja kerana kita akan dicaj pula dan dikenakan harga yang lebih mahal. Biasanya itulah juga yang akan menyebabkan hutang kad kredit menjadi bertimbun-timbun.

 

 

4) Mengumpulkan bayaran komitmen

 

Antara kelebihannya juga ialah ia dapat digunakan untuk mengumpulkan bayaran komitmen seperti caruman takaful, bil elektrik, air, telefon, internet dan lain-lain. Jadi dengan mengumpulkan kesemuanya di satu tempat, ianya memudahkan kita untuk memastikan tiada bayaran komitmen yang terlepas pandang dan tidak dibayar. Kita juga dapat menyimpan rekodnya di dalam penyata kad tersebut.

 

5) Guna hanya untuk perbelanjaan tetap

 

Satu cara mudah untuk memastikan kita tidak terlebih belanja menggunakan kad kredit ialah dengan hanya menggunakannya untuk kos-kos yang tidak banyak berubah setiap bulan seperti bayaran komitmen yang telah disebut di atas dan juga petrol. Jika boleh, elakkan menggunakannya untuk perbelanjaan yang tidak tetap seperti shopping dan makan minum. Ianya lebih sukar dikawal dan mudah terlebih belanja.

 

6) Batu loncatan untuk pembiayaan bank yang lain

 

Satu lagi kebaikannya ialah ia merupakan satu bentuk pinjaman yang mudah diluluskan. Jadi bagi yang belum mempunyai apa-apa pembiayaan, boleh gunakan kad tersebut untuk membina rekod kredit yang baik di mata bank. Boleh lihat rekod tersebut di  laporan kredit CCRIS. Dengan mengamalkan bayaran penuh setiap bulan, ianya akan dipaparkan di CCRIS kita dan menjadikan rekod kita cantik. Jadi bank akan lebih mudah untuk memberi kita fasiliti kredit yang lebih besar seperti pinjaman kereta dan rumah.

 

 

Selain CCRIS, sesetengah bank juga akan semak rekod kita di laporan kredit RAM atau laporan kredit CTOS. Jadi pastikan untuk menyemak ketiga-tiganya juga.

 

 

===

 

Oleh itu, boleh amalkan kesemua tips-tips di atas agar kad kredit kita menjadi satu kelebihan kepada kita, bukan keburukan. Pastikan kita yang mengawalnya dan bukan sebaliknya.

 

Anda ada tips-tips kad kredit lain yang ingin ditambah? Boleh kongsikannya di ruangan komen di bawah ini.