Info Agihan Zakat 2016

Seperti biasa, kami akan membuat kompilasi ringkas info agihan zakat tahunan berdasarkan laporan dan statistik yang dapat diperolehi setakat ini. Dari semasa ke semasa, kami akan kemaskini lagi jika ada laporan baru dikeluarkan. Jadi, mari kita lihat rumusan agihan zakat 2016:

 

Sistem Agihan Zakat 2016

 

Ada 3 sumber yang kita boleh rujuk untuk ketahui statistik agihan zakat di negara kita iaitu:

 

  1. Portal Pengurusan Maklumat Zakat Dan Baitulmal Malaysia – kompilasi statistik negeri-negeri oleh JAWHAR, namun setakat ini statistik 2016 belum dipaparkan
  2. Laporan Zakat – Satu Sumber Maklumat Zakat Di Malaysia – kompilasi statistik negeri-negeri oleh PPZ-MAIWP, namun setakat ini statistik 2016 belum dipaparkan
  3. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri – statistik secara langsung oleh setiap negeri, statistik 2016 ada dipaparkan oleh beberapa negeri, jadi kita akan lihatnya dari sini

 

Setakat ini maklumat dari 5 negeri dapat diperolehi. Yang pertama ialah Selangor dengan Ringkasan Kutipan dan Agihan:

 

Sistem Agihan Zakat Selangor 2016

 

Negeri Kedah juga lengkap dengan laporan tahunannya:

 

Sistem Agihan Zakat Kedah 2016

 

Negeri Johor juga ada menunjukkan statistik agihan zakatnya, cuma statistik kutipannya tidak dapat diperolehi:

 

Sistem Agihan Zakat Johor 2016

 

Statistik bagi negeri Perak dapat dirujuk di bahagian prestasi agihan zakat di websitenya, namun tidak menunjukkan pembahagiannya:

 

Sistem Agihan Zakat Perak 2016

 

Akhir sekali yang dapat diperolehi ialah statistik agihan zakat negeri Sabah yang juga tidak menunjukkan pembahagiannya di website mereka:

 

Sistem Agihan Zakat Sabah 2016

 

Bagi negeri-negeri yang lain pula, laporan & statistik agihannya belum dapat diperolehi. Jadi diharap dapat mencontohi negeri-negeri di atas yang efisyen dalam hal ini terutamanya negeri Selangor dan Kedah.

 

Walaubagaimanapun, kebanyakan maklumat aktiviti agihan zakat negeri-negeri ada diwar-warkan di media berita, website dan juga facebook mereka masing-masing. Diharap negeri-negeri yang lain tersebut dapat menumpukan juga kepada usaha mengemaskini laporan agar lebih lengkap.

 

Anda ada cadangan penambahbaikan lagi atau info tambahan yang mungkin kami terlepas pandang? Boleh kongsikannya di bahagian komen.