Info Zakat Fitrah 2018

Bulan Ramadhan tiba lagi dan salah satu kewajipan dalam bulan ini ialah menunaikan zakat fitrah. Seperti biasa setiap tahun, kami akan kongsikan info tentangnya. Kadar zakat fitrah 2018 masih sama seperti tahun lepas iaitu seperti berikut:

 

 

Cara Bayar Zakat Fitrah

 

Kebiasaannya zakat fitrah ini dibayar oleh setiap ketua keluarga kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri di surau, masjid atau kaunter yang berdekatan. Ianya dapat juga dibayar secara online, boleh rujuk website zakat negeri masing-masing seperti berikut:

 

Info Cara Bayar Zakat Fitrah

 

Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri agar dapat digunakan sebagai bukti rebat cukai pendapatan nanti.

 

Niat Zakat Fitrah

 

Waktu berniat harus dilakukan sebelum atau semasa menyerahkan zakat tersebut. Niatnya ialah (dalam hati) “Inilah wang bagi menggantikan harga beras fitrah yang wajib atas saya / tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Ta’ala.” Adapan akad lafaz hanya sunat sahaja. Yang wajib ialah niat hati.

 

Syarat Wajib Zakat Fitrah

 

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

 

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

 

Waktu Zakat Fitrah

 

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

 

  1. Waktu wajib – Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
  2. Waktu paling afdhal – Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu sunat – Sepanjang bulan Ramadhan (digalakkan di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya)
  4. Waktu makruh – Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal
  5. Waktu haram – Selepas terbenam matahari 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

 

Selamat menjalani ibadah Ramadhan dan menunaikan zakat fitrah. Boleh kongsikan kepada kami waktu dan cara membayar mana yang menjadi pilihan anda.