Tips Merancang Kos Roadtax, Takaful & Servis Kereta

Memiliki kereta melibatkan banyak kos. Bukan sahaja kos membayar semula pinjamannya tetapi juga harga minyak, tol, servis dan roadtax insurans takaful yang tidak kurang juga tingginya. Jadi penting untuk kita membuat perancangan kewangan untuk semua di atas.

 

Kita ambil contoh Ali. Dari penyata kewangannya, dia dapat mengenalpasti jumlah kos-kos keretanya dan menganalisisnya seperti di bawah ini:

 

Contoh Harga Kereta Sebelum

 

Jadi dapatlah dia mengetahui jumlah keseluruhan kos keretanya yang terdiri daripada bayaran pinjaman, minyak dan tol. Kemudian, bila tiba pula waktu perlu renew roadtax takaful keretanya, pembahagian kos tersebut akan berubah dan bertambah lagi menjadi seperti berikut:

 

Roadtax insurans takaful kereta sebelum

 

Pada masa ini, Ali pasti berasa terbeban jika tidak bersedia dengan penambahan kos yang besar tersebut. Bajet perbelanjaan bulan tersebut mungkin akan terganggu. Dia mungkin juga terpaksa menggunakan tabung simpanan kecemasan atau persaraannya.

 

Pada bulan berikutnya, kosnya akan kembali seperti asalnya dan Ali kembali tenang. Namun kemudian tiba pula waktu servis. Jumlah kosnya semakin besar dari semasa ke semasa. Dari 5,000km, 10,000km, hinggalah kepada 100,000km, Pada servis yang ke-100,000km, kosnya akan berubah dan bertambah lagi menjadi seperti berikut:

 

Roadtax insurans takaful servis kereta sebelum

 

Maka berulanglah situasi yang sama berulang-ulang kali menyebabkan tabung simpanan kecemasan atau persaraannya pun tidak meningkat-tingkat malah mungkin semakin berkurangan. Jadi bagaimana cara beliau hendak mengatasi situasi ini?

 

Cara Penyelesaian Dengan Membuat Tabung

 

Satu cara berkesan ialah dengan bersedia lebih awal untuk kos-kos tersebut. Kos servis dan roadtax insurans takaful sebenarnya adalah kos yang boleh dijangka dan dirancang. Kos roadtax takaful adalah kos tahunan, jadi kita boleh membuat tabung simpanan bulanan untuknya. Dalam contoh di atas:

 

RM610/12 bulan = RM51 sebulan

 

Untuk kos servis pula, kita juga boleh guna kaedah yang sama dengan mengira kos keseluruhan servis. Dalam contoh di atas, Ali telah mengenalpasti purata sebulan jarak pemanduannya ialah 2560km. Jadi, berdasarkan resit-resit lamanya, maklumat dari workshop dan jadual servis keretanya, dia dapat mengira kos per bulan yang dapat disimpannya:

 

Contoh Harga Servis Kereta

 

Setelah memperolehi jumlah tabung roadtax takaful dan servis kereta yang diperlukan sebulan, Ali terus mempraktikkannya. Hasilnya, perbelanjaan bulanan keretanya menjadi lebih bersedia dan terancang seperti berikut:

 

Roadtax insurans takaful servis kereta selepas

 

Tiada lagi perubahan dan penambahan drastik. Ali juga meng’update’ penyata pengurusan kewangannya dan memasukkan tabung-tabung ini ke dalam perbelanjaannya. Apabila tiba masa servis dan renew roadtax takaful kereta kelak, dia tidak perlu lagi mengganggu tabung simpanan kecemasan atau persaraannya dan dapat menguruskan kewangannya dengan lebih bijak.

 

Ada tips-tips lain yang ingin ditambah? Boleh kongsikannya di bawah ini. Boleh sertai juga kerjaya Uber yang fleksibel untuk menjana pendapatan dari kereta kita untuk cover segala kos-kos kereta di atas. Kami juga menyediakan perkhidmatan memperbaharui roadtax insurans takaful kereta, boleh hantar salinan geran di link ini.