Perkembangan Hukum Pelaburan ASB

Hukum pelaburan ASB/ASN menarik untuk diikuti perkembangannya. Jika dahulu terdapat khilaf antara negeri-negeri, kini semua negeri telah sepakat tentang hukumnya iaitu harus. Jadi, mari kita lihat perkembangan hukum-hukum tersebut.

 

 

Perkembangan Terdahulu

 

Sebelum ini, terdapat dua hukum tentangnya iaitu harus oleh sebahagian negeri, dan juga tidak patuh syariah oleh negeri-negeri yang lain. Negeri-negeri yang berijtihad hukumnya harus mempunyai hujah yang sama dengan Keputusan 2008 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

 

 

Manakala negeri-negeri yang berijtihad hukumnya tidak patuh syariah pula mempunyai hujah yang sama dengan Keputusan 2011 Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang dahulu. Fatwa lama tersebut dihuraikan dengan lebih panjang lebar di post facebook Majlis Agama Islam Selangor berikut:

 

Hukum ASB - MAIS

 

Perkembangan Terkini

 

Kini 2 negeri terakhir yang sebelum ini menfatwakan hukumnya tidak patuh syariah telah pun menyemak kembali fatwa tersebut selaras dengan peratusan pelaburan yang terkini. Yang pertama adalah negeri Selangor melalui Fatwa April 2017 Status Pelaburan PNB di website mereka dan juga Video Penerangan Fatwa Pelaburan PNB di facebook mereka.

 

Yang kedua dan terakhir adalah negeri Pulau Pinang melalui fatwanya pada Ogos 2017. Kini semua negeri telah menghukumkan produk-produk ASNB sebagai harus dan patuh syariah tanpa khilaf lagi.

 

Alternatif Pelaburan

 

Selain ASNB, terdapat pelbagai syarikat lain yang menawarkan unit amanah sama ada harga tetap atau harga berubah. Sudah tentu pulangan dan risikonya juga berbeza-beza. Kebanyakan prestasi unit-unit amanah tersebut boleh dibandingkan di website Morningstar seperti di bawah ini. Jadi ianya juga boleh menjadi alternatif bagi mereka yang ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

 

Hukum ASB - Alternatif unit amanah
*screenshot 15 September 2015

 

===

 

Jadi, setelah perkembangan tersebut, para pelabur yang sebelum ini berpegang kepada hukumnya tidak patuh syariah bolehlah menilai semula strategi pelaburan mereka serta menambahkan produk-produk ASNB jika perlu tanpa khuatir lagi.

 

Boleh kongsikan strategi pelaburan terkini anda setelah perkembangan tersebut di bawah ini. Jika berminat dengan lebih lanjut untuk mendalami strategi pelaburan ASB serta hartanah juga, boleh pelajarinya di Combo ASB Genius & Hartanah. Atau jika berminat dengan alternatif pelaburan unit amanah syarikat lain seperti di atas, boleh isi Analisis Profil Risiko & Proposal Portfolio Pelaburan ini.