Perbandingan Purata Bil Air 2014

 

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman kenaikan tarif air di sesetengah negeri. Tindakan tersebut telah menyebabkan orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Jadi, mari kita lihat dengan lebih terperinci tentang perbandingan purata bil air di negara kita:

 

Perbandingan Purata Bil Air

 

Untuk perbandingan yang lebih adil, purata penggunaan air bagi isi rumah sebulan digunakan. Statistik penggunaan air domestik dapat dilihat di website Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) & data yang dapat diperolehi ialah 211 liter per orang sehari.

 

Kemudian kita lihat pula statistik saiz purata isi rumah yang dapat diperolehi di website Jabatan Perangkaan Malaysia. Data terkini yang dapat diperolehi menunjukkan saiz purata isi rumah di Malaysia ialah 4.2 orang per rumah. Jadi, menggunakan kedua-dua maklumat tersebut, kita dapat membuat pengiraan untuk mendapatkan purata penggunaan air bagi isi rumah sebulan:

 

211 x 4.2 x 30 = 26,586 liter @ 27m3 per rumah sebulan

 

Seterusnya, kita dapat rujuk kadar tarif bil air bagi kegunaan domestik yang dapat diperolehi dari website SPAN juga. Tarif bil air bagi 27mdigunakan & contoh pengiraan dapat dibuat seperti berikut:

 

Johor

0-20m: RM0.60/m3 x 20m3 = RM12.00

> 20-35m: RM1.65/m3 x 7m3 = RM11.55

Jumlah bil = 27m@ RM23.55

 

Hasilnya dapatlah dilihat bahawa kadar tarif asal tanpa mengambil kira subsidi air percuma, Pulau Pinang adalah yang terendah manakala Sabah & Labuan adalah yang tertinggi. Jadi dengan fakta ini, dapatlah kita menilai dengan lebih baik tentang sebarang perubahan kadar-kadar tarif tersebut.

 

Apa pandangan anda tentang tarif air di kawasan anda? Kongsikannya di bawah ini.