Info Agihan Zakat 2013

Persoalan yang biasa kita dengari, duit zakat berjuta-juta, namun sering tersebar masih terdapat orang Islam di dalam kesusahan. Jadi orang tertanya-tanya, tidakkah agihan zakat tersebut dilakukan dengan baik?

 

Sebenarnya, maklumat agihan zakat dapat diketahui dengan menyemak laporan atau statistik zakat di website zakat negeri masing-masing. Jadi, mari kita lihat rumusannya untuk 2013:

 

Sistem Agihan Zakat 2013

 

Agihan zakat Pulau Pinang dapat dilihat di bahagian statistik agihan zakat. Bahagian e-buletinnya iaitu Info Zakat ada menunjukkan pecahan yang lebih terperinci seperti berikut:

 

Sistem Agihan Zakat Pulau Pinang 2013

 

Agihan zakat Wilayah Persekutuan pula dapat dirujuk di bahagian Laporan Tahunan di websitenya di mana keratan pecahannya dapat dilihat seperti berikut:

 

Sistem Agihan Zakat Wilayah Persekutuan 2013

 

Negeri Selangor turut ada berkongsi Laporan Kutipan & Agihan Zakat yang terperinci seperti berikut:

 

Sistem Agihan Zakat Selangor 2013

 

Agihan zakat Kedah dapat dirujuk di bahagian statistik agihan zakatnya juga.

 

Sistem Agihan Zakat Kedah 2014

 

Agihan zakat Perak dapat dirujuk di bahagian statistik agihan zakat di websitenya manakala agihan zakat Kelantan pula dapat dirujuk di bahagian Buletin MAIK.

 

Bagi negeri-negeri yang lain pula, sama ada masih belum mengemaskini laporan agihannya, hanya memaparkan laporan kutipan sahaja ataupun tiada langsung maklumat diberikan.

 

Cadangan Penambahbaikan

 

Jadi penambahbaikan-penambahbaikan perlu dilakukan. Paling utama adalah negeri-negeri yang hanya memaparkan laporan kutipan sahaja ataupun tiada langsung maklumat diberikan perlulah turut serta memaklumkan laporan agihan zakat mereka.

 

Kedua, bagi negeri-negeri yang sudah memaklumkan laporan agihan zakat mereka, mereka perlulah mengemaskini laporan tersebut dengan lebih terperinci & tidak hanya setakat memaparkan statistik sahaja ataupun laporan yang sudah ketinggalan.

 

Ketiga adalah dari segi hebahan. Jika laporan agihan terkini & terperinci telah dipaparkan di website, ianya tidak patut berhenti di situ sahaja.  Sewajarnya ianya turut dihebahkan melalui media masa, bukan hanya jumlah kutipannya sahaja.

 

Kebanyakan badan zakat negeri telah mengambil inisiatif untuk lebih berinteraksi dengan masyarakat melalui media sosial seperti Facebook. Ini adalah satu usaha yang bagus. Bagi negeri yang belum ada, diharap dapat mencontohinya juga.

===

Akhirnya, orang ramai juga perlu memainkan peranan dengan lebih proaktif merujuk laporan-laporan yang telah disediakan tersebut. Cara lebih mudah, boleh juga mengikuti page-page media sosial zakat negeri untuk mendapat maklumat terkini.

 

Anda ada cadangan penambahbaikan yang lain lagi? Kongsikannya di bawah ini.