Strategi Pinjaman Pendidikan Percuma@Diskaun

Semua orang ada impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT (Institut Pengajian Tinggi). Malah kita ada impian sama juga untuk anak-anak kita. Namun, ianya turut melibatkan kos yang bukan sedikit, lebih-lebih lagi untuk IPTS (swasta).

 

Kos tinggi ini sama ada kita membayarnya sendiri ataupun melalui pinjaman pelajaran. Jadi ianya merupakan satu aspek pengurusan kewangan yang penting. Kami kongsikan beberapa strategi yang boleh digunakan untuk tujuan ini:

 

1. Sediakan Simpanan

 

Buat simpanan awal-awal, walaupun kita boleh mendapat pinjaman. Ini kerana kita perlu membuat bayaran balik juga setelah selesai pendidikan tersebut. Jadi simpanan kita dapat digunakan untuk melangsaikannya nanti. Pertama sekali sudah tentu kita perlu tahu berapa berapa jumlah yang perlu kita simpan. Boleh lihat kosnya dari website atau hubungi universiti yang menjadi matlamat kita.

 

Jika untuk diri sendiri, kita ada tempoh masa yang lebih singkat untuk menyimpan iaitu biasanya setiap 6 bulan (1 semester) untuk membayar sendiri atau biasanya 5 tahun jika kita mengambil pinjaman. Jika untuk anak, kita ada tempoh masa yang lebih panjang iaitu 18 tahun jika kita mula dari saat  mereka lahir.

 

Strategi bayaran balik pinjaman pelajaran - yuran

 

Boleh lihat contoh di atas untuk ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Untuk breakdown lebih lengkap boleh lihat di Universiti Sains Malaysia (USM). Jadi, anggaran pengiraan untuk anak dan kita bersedia dengan kos tertinggi iaitu Medical Doctor sebelum terdapat kenaikan harga:

 

Medical Doctor (USM) = Pendaftaran RM610 + (Program RM965 + Desasiswa RM650) x 2 semester x 5 tahun = RM16,760

Simpanan biasa = RM16,760 / 18 tahun @ pulangan 0% = ±RM78 sebulan

Simpanan unit amanah = RM16,760 / 18 tahun @ pulangan 10% = ±RM31 sebulan

 

Boleh ubahsuai pengiraan di atas mengikut matlamat program dan IPT kita masing-masing. Seperti di atas, bagus juga menyimpannya di tempat berpulangan tinggi seperti di unit amanah. Sudah tentu juga kita perlu semak dari masa ke semasa kos universiti tersebut untuk pastikan jika terdapat kenaikan harga agar kita boleh kemaskini pengiraannya.

 

2. Dapatkan Keputusan Cemerlang

 

Dengan keputusan cemerlang di peringkat sekolah, kita boleh memohon untuk mendapat pinjaman pendidikan. Dengan keputusan cemerlang di peringkat IPT pula, kita boleh mendapat pengecualian atau diskaun bayaran balik pinjaman tersebut. Penting untuk semak juga adakah pihak pemberi pinjaman tersebut memberi pilihan itu. Inilah salah satu kelebihan mengambil pinjaman pelajaran, ada peluang simpanan pendidikan yang telah kita kumpul tadi dapat dijimatkan dan digunakan untuk perkara lain seperti pelaburan.

 

Strategi bayaran balik pinjaman pelajaran - PTPTN pengecualian

 

Sebagai contoh PTPTN ada memberi pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang memenuhi syarat-syarat di atas. Seperti contoh sebelum ini:

 

Penjimatan = Simpanan RM17,000 – Bayaran RM0 = RM17,000 

 

Strategi bayaran balik pinjaman pelajaran - JPA diskaun 

Contoh kedua ialah JPA yang memberi diskaun 75% bagi peminjam memenuhi syarat-syarat di atas. Sama seperti contoh sebelum ini juga:

 

Penjimatan = Simpanan RM17,000 – Bayaran RM4,250 = RM12,750

 

3. Rebut Insentif Diskaun

 

Jika kita terlepas untuk mendapat keputusan yang cemerlang atau masih perlu membayar sebahagian jumlahnya, kita boleh usahakan untuk mendapat lebih banyak diskaun melalui insentif diskaun oleh pihak pemberi pinjaman pelajaran kita. Biasanya syaratnya adalah perlu membuat bayaran balik dalam jumlah tertentu dan tarikh tertentu.

 

Strategi bayaran balik pinjaman pelajaran - MARA diskaun

 

Sebagai contoh MARA ada memberi insentif diskaun sempena sambutan perdana 50 tahun bagi peminjam yang memenuhi syarat-syarat di atas. Sama seperti contoh sebelum ini:

 

Penjimatan kategori 2 (conversion 75%) = Simpanan RM17,000 – Bayaran RM3,400 = RM13,600 

 

 

Contoh kedua ialah PTPTN yang memberi insentif diskaun bagi peminjam yang memenuhi syarat-syarat di atas. Sama seperti contoh sebelum ini:

 

Penjimatan diskaun 10% = Simpanan RM17,000 – Bayaran RM15,300 = RM1,700

 

4. Tiada Simpanan?

 

Jika tidak sempat membuat simpanan ada alternatif yang lain, yang penting kita perlu lakar strategi agar ia lebih menguntungkan dan bukan merugikan kita. Berikut adalah cara-cara kita masih dapat mengambil peluang insentif diskaun tersebut:

 

a) KWSP

 

Pengeluaran pendidikan KWSP membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 bukan sahaja untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli di IPT, tetapi juga untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman pendidikan . Namun sebelum menggunakan cara ini, bandingkan dahulu dengan cara-cara lain di bawah kemudian baru pilih cara yang paling menguntungkan. Ini kerana KWSP sebaiknya diguna untuk perkara lain seperti persaraan.

 

Strategi bayaran balik pinjaman pelajaran - KWSP

 

b) Pinjaman Bank

 

Ini juga satu alternatif yang ada. Namun sangat penting untuk buat pengiraan dahulu sama ada ianya lebih menguntungkan atau merugikan kita. Sebagai contoh, insentif diskaun PTPTN di atas yang perlu membayar RM14,450. Kemudian kita cari pakej pinjaman bank yang sesuai melalui online dan pihak bank masing-masing. Setelah mengetahui tempoh dan kadar bank tersebut, boleh nilai guna website Loanstreet berikut:

 

Strategi bayaran balik pinjaman pelajaran - Pinjaman bank

 

Jumlah ansuran terendah RM21,661 telah melebihi bayaran asal RM17,000, jadi ianya lebih merugikan

 

c) Pinjaman Bukan Bank

 

Jika ada yang boleh mendapat pinjaman dari ahli keluarga yang tidak dikenakan kadar untung seperti bank, sudah tentu ianya lebih menguntungkan. Pastikan kita tetap membuat bayaran balik seperti biasa kepada beliau dan sebaiknya buat perjanjian hitam putih juga bagi mengelakkan sebarang salah faham di kemudian hari, selaras dengan Al-Quran, Surah Baqarah ayat 282 berikut :

 

Strategi bayaran balik pinjaman pelajaran - Pinjaman bukan bank

 

5. Langsai!

 

 

Setelah membuat keputusan memilih salah satu alternatif di atas dan buat perbandingan yang manakah paling menguntungkan, tiba saat untuk melaksanakannya. Alhamdulillah tahniah jika sudah sampai di tahap ini! Anda kini sudah bebas dari hutang pinjaman pelajaran! Jika ada penjimatan simpanan pelajaran bolehlah gunakan pula untuk perkara lain seperti pelaburan.

 

Boleh kongsikan juga strategi dan pengalaman anda sendiri di bawah. Jika berminat dengan lebih lanjut untuk membuat simpanan pendidikan atau pelaburan melalui unit amanah berpulangan tinggi, boleh isi Analisis Profil Risiko & Proposal Portfolio Pelaburan ini.