6 Langkah Merancang Cukai Pendapatan

Sekitar bulan Mac mungkin merisaukan ramai orang telah tiba iaitu bulan pengiraan dan bayaran cukai pendapatan! Kebiasaannya saban tahun pada bulan ini, kita akan mendapat Penyata Pendapatan dari syarikat kita bekerja menandakan ada tempoh lebih kurang 2 bulan untuk kategori BE dan 4 bulan untuk kategori B menyelesaikannya.

Pada masa itu, kita tidak sempat lagi untuk membuat apa-apa kerana tahun taksirannya adalah untuk tahun lepas, hanya boleh memasukkan segala pendapatan dan perbelanjaan. Jadi sebenarnya, masa yang terbaik untuk kita merancangnya adalah dalam tahun sebelumnya agar kita boleh memaksimumkan penjimatannya. Bagaimana caranya?

Rancang Untuk Tahun Taksiran Sekarang

Oleh kerana kita hanya dapat mengakses e-Filing yang boleh membuat pengiraan automatic semasa bulan taksiran cukai sahaja, pada bulan-bulan lain kita boleh guna alternatif manual iaitu dengan muat turun borang di website Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Namun biasanya hanya pada bulan Mac akan dikemaskini info seperti pelepasan dan kadar yang terkini, jadi kita perlu rujuk juga pengumuman Bajet atau Belanjawan yang telah dibuat oleh kerajaan.

Untuk contoh pengiraan cukai pendapatan, kita akan ambil contoh Ali yang masih bujang, kategori BE dan pada tahun ini berpendapatan RM3,000 sebulan.

1. Kira Bahagian Pendapatan

Langkah pertama Ali ialah isi bahagian jumlah pendapatan untuk tahun ini iaitu RM3,000 x 12 bulan = RM36,000:

borang cukai pendapatan- pendapatan

2. Kira Bahagian Pelepasan

Kemudian Ali isi pula bahagian pelepasan cukai pendapatan. Dia boleh juga merujuk bahagian pelepasan cukai. Pelepasan automatik yang Ali akan dapat ialah RM9,000 dan KWSPnya pula sebanyak RM36,000 x 11% = RM3,960. PERKESO juga semestinya ada, cuma kami tidak kira untuk memudahkan contoh ini:


Boleh muat turun juga Nota Penerangan untuk penerangan lebih detail tentang pelepasan-pelepasan tersebut. Setelah mendapat amaunnya iaitu RM12,960, Ali pindahkan jumlah pelepasan tersebut ke bahagian B9 dan tolakkan dari jumlah pendapatan untuk mendapatkan pendapatan bercukai iaitu RM23,040:

Pengiraan Cukai Pendapatan - Pendapatan Bercukai

3. Kira Cukai Pendapatan

Sekarang, Ali dapat membuat pengiraan cukai pendapatannya dengan merujuk kepada jadual kadar cukai pendapatan. Pendapatan bercukainya iaitu RM23,040 jatuh di banjaran RM20,001 – RM35,000 seperti berikut:

Setelah mengenalpastinya, Ali dapat memasukkan nilai-nilai tersebut dan mengira jumlah cukai pendapatannya iaitu RM302:

Pengiraan Cukai Pendapatan

4. Kira Bahagian Rebat

Ali teruskan dengan mengira rebat pula. Dia boleh juga merujuk bahagian rebat cukai pendapatan. Oleh kerana pendapatan bercukainya kurang daripada RM35,000, dia mendapat rebat sendiri sebanyak RM400.

Untuk rebat zakat pula, Ali anggarkan tahun ini zakat fitrahnya sebanyak RM7 dan membuat pengiraan zakat pendapatannya iaitu RM486. Dia masukkan jumlah kedua-dua zakat tersebut iaitu RM493 dan teruskan pengiraan hingga akhir:

Pengiraan Cukai Pendapatan Setelah Rebat

Sekarang Ali telah tahu anggaran pengiraan akhirnya, iaitu dia bukan sahaja tidak akan dikenakan bayaran cukai pendapatan untuk tahun ini iaitu RM0, malah anggaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dari payslipnya pula telah terlebih bayar sebanyak RM100.20 dan dia akan dapat claim semula jumlah tersebut.

5. Bagaimana Jika Masih Ada Baki Cukai Kena Dibayar?

Jika Ali masih ada baki cukai kena dibayar, ada 2 cara yang dia boleh gunakan untuk memaksimumkan pelepasannya:

a) Tambah Bahagian Pelepasan

Ali boleh pergi semula ke bahagian pelepasan cukai pendapatan di atas dan rancang untuk tambah di mana-mana bahagian pelepasan yang sesuai pada tahun ini. Antaranya:

  1. Pelepasan RM3,000 Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS), boleh buka akaun percuma di sini
  2. Pelepasan RM6,000 takaful nyawa dan RM3,000 takaful perubatan, boleh hubungi kami
  3. Pelepasan RM2,500 pembelian buku, boleh juga meningkatkan ilmu kewangan kita melalui buku-buku kewangan di bahagian shop kami

b) Tambah Bahagian Derma atau Hadiah

Dia juga boleh rancang pada tahun ini untuk tambah derma atau hadiah di B5 bahagian pendapatan di atas. Ali boleh check Derma dan Hadiah Yang Dibenarkan dan Senarai Institusi Atau Organisasi Yang Diluluskan untuk mengenalpasti jumlah dan pihak yang dia boleh menderma:

Pengecualian Cukai Pendapatan Derma dan Hadiah

Kemudian Ali ulangi pengiraannya sekali lagi untuk menyelaraskan dan memaksimumkan pelepasan cukai pendapatannya.

6. Simpan Segala Rekod

Akhir sekali, Ali akan pastikan segala dokumen dan resit di atas akan disimpan di Dropboxnya. Jadi mudah untuk dia merujuknya semula apabila tiba masa mengisi dan menghantar e-Filingnya. Ianya juga sangat berguna jika dia dipanggil untuk diaudit, selaras dengan peringatan LHDN agar segala rekod perlu disimpan selama 7 tahun.

===

Begitulah cara Ali merancang cukai pendapatannya untuk tahun ini. Dengan kaedah di atas, dia dapat lebih bersedia apabila tiba lagi bulan datelinenya. Secara tidak langsung, Ali dapat merancang perbelanjaannya sepanjang tahun dengan lebih bijak juga.

Untuk panduan tambahan dengan lebih detail, boleh dapatkan buku Kurangkan Cukai Secara Sah dan buku Bijak Cukai.

Dapatkan tips kewangan terkini

Invalid email address
160 subscribers