Tips Pengiraan Zakat Pendapatan

Zakat adalah rukun Islam ke-3; selepas solat 5 waktu dan sebelum berpuasa  di bulan Ramadhan. Setelah menunaikan zakat fitrah di bulan Ramadhan, kebiasannya di penghujung tahun, kita akan bersedia pula untuk menunaikan zakat pendapatan. Jadi, kami ingin berkongsi beberapa tips mengenainya:

 

Guna Kalkulator Zakat

 

Pertama sekali, bagaimana cara pengiraan zakat pendapatan? Cara yang mudah ialah menggunakan kalkulator zakat online di website zakat negeri masing-masing. Boleh ke link berikut:

 

Kalkulator Zakat Online

 

Mengapa terdapat kalkulator yang berbeza-beza? Menurut website zakat Wilayah Persekutuan, ini kerana kadar nisab zakat setiap negeri berbeza, jadi pengiraannya pun akan sedikit berbeza:

 

Pengiraan zakat pendapatan - nisab

 

Buat Tabung Zakat

 

Salah satu amalan pengurusan kewangan yang bijak ialah mewujudkan tabung-tabung untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang besar dan salah satunya ialah tabung zakat. Tabung zakat ini boleh dibuat bagi mereka yang tidak membuat potongan zakat daripada gaji dan ianya boleh dibuat setiap bulan.

 

Jadi, dengan merujuk kalkulator-kalkulator zakat di atas, kita dapat mengira berapa yang patut kita simpan setiap bulan. Sebagai contoh, kita ambil Ali yang masih bujang, berpendapatan RM3,000 sebulan dan tinggal di Wilayah Persekutuan:

 

Kalkulator pengiraan zakat pendapatan

 

Jadi sekarang Ali boleh membuat tabung zakat untuk menyimpan setiap bulan seperti berikut:

 

Tabung zakat = RM40.50/bulan

 

Kelebihan Ali mengira sendiri di atas berbanding membuat potongan daripada gaji ialah ianya dapat dikira dengan lebih tepat. Ianya juga dapat mengelakkan lebihan bayaran yang tidak dapat dipulangkan semula seperti yang dijelaskan berikut:

 

Pengiraan zakat pendapatan - lebihan potongan gaji

 

Namun, jika ada lebihan zakat sekalipun, boleh juga kita niatkan sebagai sedekah. Terpulanglah kepada kita. Seperti tabung-tabung yang lain juga, tabung zakat ini kita simpankannya ke dalam Tabung Haji.

 

Buat Jadual

 

Seterusnya, setelah mengetahui jumlah tabung zakat yang perlu disimpan, cara yang baik untuk merekodnya adalah dengan membuat jadual. Oleh kerana kesemua tabung-tabung kita yang lain juga kita simpankan ke dalam Tabung Haji, ianya akan kelihatan seperti berikut:

 

Pengiraan zakat pendapatan - jadual

 

Dengan adanya jadual seperti di atas. kita dapat lebih bersedia dan mempunyai rekod yang lebih terurus. Setelah penghujung tahun, angka-angka tersebut boleh terus dimasukkan ke dalam kalkulator zakat di atas.

 

Simpan Bukti Pembayaran

 

Setelah membayar zakat di website zakat tersebut, simpanlah salinan resitnya. Sesetengah website tidak mengeluarkan resit rasmi, sebagai alternatif boleh minta ianya diposkan atau di-emailkan softcopynya. Ianya akan memudahkan kita merujuknya semula untuk digunakan sebagai rebat cukai pendapatan. Harus ingat bahawa yang diambil kira ialah tarikh resit zakat kita, seperti yang dijelaskan berikut:

 

Pengiraan zakat pendapatan - rebat cukai

 

Untuk Tabung Haji boleh dapatkannya di  akaun MyTaha. Paparan penyatanya adalah bagi 6 bulan terkini untuk tahun semasa, jadi bolehlah savekannya pada hujung bulan Jun dan Disember. Ianya juga untuk memastikan jumlah transaksinya selari dengan jadual yang telah dibuat di atas.

 

Untuk rekod KWSP pula, kita boleh dapatkan penyata softcopynya di i-Akaun KWSP. Kita boleh simpan kesemua rekod-rekod tersebut di tempat simpanan online seperti Dropbox yang mudah untuk di-akses pada bila-bila masa dan di mana-mana.

===

Jadi, tips-tips di atas bolehlah diamalkan untuk membantu kita membayar zakat pendapatan dengan lebih teratur. Alhamdulillah, setelah kita telah menunaikan kewajipan kita ini, boleh lihat post kami mengenai info agihan zakat tahunan untuk mengetahui laporan tentang asnaf-asnaf yang telah kita bantu.

 

Anda anda tips-tips lain? Bolehlah kongsikannya di bahagian komen di bawah ini.