Tips Takaful Sebagai Pelindung Kewangan

Salah satu aspek yang penting di dalam pengurusan kewangan ialah pengurusan risiko dan perlindungan kewangan. Contohnya, apa akan terjadi kepada kewangan kita jika kita tidak dapat bekerja lagi akibat hilang upaya kekal dan sakit kritikal? Siapakah yang akan menyara keluarga kita dan membayar hutang bank kita apabila kita meninggal dunia? Dan cukupkah simpanan kita jika perlu membiayai kos rawatan yang tinggi?

 

Jadi, kita perlu membuat perancangan apabila berlaku risiko-risiko seperti di atas. Alat kewangan yang sesuai sebagai penyelesaian ialah takaful. Apa maksud takaful? Menurut website Info Insurans yang dikendalikan Bank Negara:

 

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

 

Namun, pengurusan risiko kewangan adalah lebih menyeluruh dari hanya semata-mata mengharapkan takaful sahaja. Seperti kata-kata “mencegah lebih baik dari merawat”, takaful bolehlah dianggap sebagai langkah merawat setelah langkah-langkah mencegah telah diambil.

 

Langkah Pencegahan

 

Dalam fasa mencegah, kita perlu berusaha dahulu untuk mengelakkan risiko-risiko tersebut dari berlaku. Dalam bab kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal akibat kemalangan atau jenayah, apa yang kita boleh ikhtiar ialah memastikan keselamatan diri dengan sebaik mungkin. Ini termasuk mematuhi segala peraturan keselamatan yang telah digariskan oleh pihak Polis, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan sebagainya.

 

Dalam bab kesihatan pula, kita perlu berusaha dengan penjagaan kesihatan yang baik seperti mengambil imunisasi vaksin dan membuat pemeriksaan kesihatan berkala. Antara manfaat pemeriksaan kesihatan yang lain ialah ianya mendapat pengecualian cukai pendapatan.

 

Dalam aspek perlindungan aset dan hutang pula yang biasanya melibatkan rumah dan kenderaan, langkah pencegahan termasuklah membuat pemeriksaan keselamatan seperti memastikan tiada kebocoran gas bagi rumah. Bagi kenderaan boleh ikut jadual servisnya, memandu dengan berhati-hati dan mematuhi segala peraturan jalan raya.

 

Langkah Rawatan

 

Setelah segala langkah-langkah pencegahan dilaksanakan, barulah takaful memainkan peranannya. Seperti kata-kata “Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya”.

 

Di dalam pasaran, terdapat 2 versi produk: insurans (konvensional) dan takaful (patuh syariah). Sudah tentu kita sebagai Muslim wajib memilih yang patuh syariah seperti yang dijelaskan oleh Portal e-Muamalat JAKIM:

 

insurans-takaful-fatwa-kebangsaan

 

Ada banyak syarikat takaful yang boleh dipilih seperti yang disenaraikan oleh website Bank Negara:

 

Insurans Takaful - Senarai Bank Negara

 

Takaful terbahagi kepada Takaful Keluarga dan Takaful Am dan terdapat pelbagai produk di bawah kedua-duanya. Namun kita akan memfokuskan kepada yang utama iaitu takaful nyawa, perubatan, motor dan kediaman. Manfaat lain takaful nyawa dan perubatan ialah ianya diberi pelepasan cukai seperti yang boleh dirujuk di website Lembaga Hasil Dalam Negeri:

 

Insurans Takaful - Pengecualian Cukai Pendapatan

 

Takaful pendidikan juga ada manfaat tersebut namun dalam post ini kita tidak membincangkannya kerana bab simpanan pendidikan anak telah pun dikupas di post 4 Simpanan Penting Untuk Anak.

 

1. Takaful Nyawa

 

Dalam bab kehilangan nyawa, hilang upaya kekal atau sakit kritikal, takaful dapat berperanan menggantikan pendapatan untuk menyara kehidupan atau keluarga. Andaikata selama ini kita menyara hidup dan keluarga sebanyak RM3,000 sebulan, maka pampasan takaful yang terbaik ialah jumlah yang sama juga. Kita gunakan Tabung Haji (TH) sebagai contoh tempat simpanan pampasan tersebut:

 

Perbelanjaan setahun = RM3,000 x 12 = RM36,000

Jumlah pampasan x 6% (purata dividen TH) = RM36,000

Jadi, jumlah pampasan terbaik = RM36,000/6% + RM36,000 = RM636,000

 

Jadi, apabila mendapat pampasan tersebut, RM36,000 dapat digunakan untuk tahun pertama dan baki RM600,000 dapat disimpan di TH dan insyaAllah dividennya akan dapat menyara hidup kita atau keluarga kita pada tahun-tahun seterusnya.

 

Jika kita masih belum mampu mencarum untuk jumlah pampasan sedemikian, boleh gunakan juga kaedah bilangan tahun. Dalam kaedah ini, perlindungan yang digalakkan adalah bersamaan 3 hingga 10 kali pendapatan tahunan. Sudah tentu lebih tinggi lebih baik, namun perlu juga ambil kira kemampuan masing-masing. Sebagai contoh:

 

Jumlah pampasan = RM36,000 x  10 tahun = RM360,000

 

Jadi pampasan tersebut dapat digunakan untuk membantu menyara hidup kita dan keluarga selama 10 tahun. Walaupun ada had tempohnya, ia masih lebih baik dari tiada dan sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beban kita dan keluarga.

 

2. Takaful Perubatan

 

Bagi rawatan kesihatan pula, sebagai alternatif kepada hospital kerajaan yang kosnya telah disubsidi, kita juga boleh guna takaful perubatan atau lebih dikenali sebagai medical card untuk memilih dirawat di hospital swasta yang kosnya lebih tinggi. Antara pilihan pelan yang penting ialah had pampasan tahunan dan had pampasan sepanjang hayat agar ia boleh menampung kos penyakit-penyakit seperti anggaran akhbar The Star, 2015 berikut:

 

 

Selain itu, pilihan lain ialah kadar caj wad hospital. Boleh survey di website hospital pilihan kita, dan penting juga pastikan hospital tersebut mudah didapati. Sebagai contoh, di website Hospital Pantai Ampang, kadar biliknya ialah:

 

Insurans Takaful - Medical Card Room

 

Jadi boleh pilih pelan mengikut kemampuan dan kesesuaian masing-masing.

 

3. Takaful Motor

 

Itu istilah takaful bagi kenderaan, ia memang telah wajib untuk kita ambil sebelum kita dapat renew roadtax kita. Bagi nilai anggaran kereta dan no claim discount (NCD), boleh semaknya di website MyCarInfo. NCD ini amat berguna untuk menjimatkan harga premium dan menggalakkan langkah pencegahan yang telah disebut di atas. Jadi ia sebagai ganjaran untuk kita memandu dengan lebih berhemah agar kita tidak perlu membuat sebarang tuntutan kemalangan atau kecurian terhadap takaful kita sendiri.

 

Insurans Takaful - Market Value dan NCD Kereta

 

Jika berlaku juga kemalangan, dengan mengetahui jumlah NCD, kita juga boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan memilih mana yang lebih menguntungkan, sama ada membayar sendiri atau claim takaful kita sendiri yang akan menyebabkan kehilangan NCD.

 

4. Takaful Kediaman

 

Bagi hartanah pula, terdapat 2 jenis takaful iaitu pertama untuk melindungi pembiayaan bank dan kedua untuk melindungi rumah tersebut.

 

Yang pertama berperanan menyelesaikan pinjaman bank rumah kita jika kita kehilangan nyawa. Jadi, waris kita dapat terus memiliki rumah tersebut tanpa terbeban dengan bayaran installment pembiayaan bank tersebut. 2 pilihannya adalah sama ada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) ataupun MLTT ((Mortgage Level Term Takaful). Daripada namanya, kita dapat tahu ciri-ciri perbezaannya iaitu satu jumlah perlindungannya semakin menurun (reducing) untuk menyamai baki pembiayaan rumah yang semakin menurun juga, dan satu lagi jumlah perlindungannya tetap (level), menyamai takaful nyawa.

 

Yang kedua berperanan mendapat pampasan untuk sebarang kerosakan berkaitan rumah kita. iaitu Takaful Houseowner dan Householder. Daripada namanya juga, kita dapat tahu ciri-cirinya iaitu satu untuk perlindungan rumah daripada kerosakan akibat bencana, dan satu lagi perlindungannya untuk isi rumah tersebut.

 

===

 

Jadi, aspek pengurusan risiko dan perlindungan kewangan tidak patut diabaikan dalam kita menguruskan kewangan. Ianya adalah komponen penting melalui alat kewangan takaful agar kita mendapat manfaat pampasannya di samping pengecualian cukainya untuk kestabilan kewangan kita dan keluarga. Hubungi kami untuk consultancy memilih pelan yang sesuai untuk anda dari syarikat-syarikat takaful berikut: