Seperti yang kita telah sedia maklum, kad kredit merupakan satu alat yang mempunyai kelebihan dan juga keburukan. Jadi bagaimana hendak menggunakannya dengan sebaiknya? Berikut adalah cara-caranya:
1) Guna yang terbaik
Pertama sekali kita gunalah kad yang paling sesuai dengan kita. Boleh pilih kad kredit terbaik dan apply di website RinggitPlus yang boleh membandingkan antara pelbagai kad:
Sudah semestinya kriteria pertama yang perlu dipilih ialah kad ‘Islamic’. Kemudian pilihlah kriteria-kriteria lain, contohnya ‘Cashback’, namun semestinya ada terma dan syaratnya, jadi perlu bacanya juga. Selain itu, lihat juga perbelanjaan, jika kita banyak berbelanja ke arah petrol, pilihlah kad yang memberi banyak kelebihan kepada perbelanjaan petrol. Bonus tambahan jika apply kad kredit melalui portal di atas ialah berpeluang mendapat ‘free gift’ yang mungkin tiada jika mendaftar di bank.
2) Guna untuk bonus
Kita perlu sematkan mindset bahawa kita menggunakannya hanya untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan yang tidak diperolehi jika kita membayar dengan wang tunai. Ini termasuklah reward point dan cashback. Jadi perbelanjaan kita jika ada atau tiada kad tersebut sepatutnya sama sahaja. Sebagai contoh kad kredit Maybank ini:
Perbelanjaan petrol sebulan dengan wang tunai = RM600
VS
Perbelanjaan petrol sebulan dengan kad kredit (Jumaat/Sabtu) = RM600 + cashback RM30 + reward points 600
3) Bayar penuh
Sebaik sahaja mendapat penyata bulanan, bayarlah kad kredit secara penuh. Elakkan dari hanya membuat bayaran minima sahaja kerana kita akan dikenakan caj tambahan pula yang bukan sedikit. Kerana itulah juga yang akan menyebabkan hutang menjadi semakin bertimbun-timbun.
4) Kumpul komitmen setempat
Antara kelebihannya juga ialah ia dapat digunakan untuk mengumpulkan bayaran komitmen seperti caruman takaful, bil elektrik, air, telefon, internet dan lain-lain. Jadi dengan mengumpulkan kesemuanya di satu tempat, ianya memudahkan kita untuk memastikan tiada bayaran komitmen yang terlepas pandang dan terlupa dibayar. Kita juga dapat menyimpan rekodnya di dalam penyata kad kredit tersebut.
5) Guna untuk belanja tetap
Satu cara mudah untuk memastikan kita tidak terlebih belanja menggunakan kad ialah dengan hanya menggunakannya untuk kos-kos yang tidak banyak berubah setiap bulan seperti bayaran komitmen yang telah disebut di atas dan juga petrol. Jika boleh, elakkan menggunakannya untuk perbelanjaan yang tidak tetap seperti shopping. Ianya lebih sukar dikawal dan mudah terlebih belanja.
6) Jadikan batu loncatan
Satu lagi kelebihan kad kredit ialah ia merupakan satu bentuk pembiayaan yang mudah diluluskan. Jadi bagi yang belum mempunyai apa-apa pembiayaan, boleh gunakan kad tersebut untuk membina rekod kredit yang baik di mata bank. Boleh lihat rekod tersebut di laporan kredit CCRIS. Dengan bayar kad kredit penuh setiap bulan, ianya akan dipaparkan di CCRIS kita dan menjadikan rekod kita cantik. Jadi bank akan lebih mudah untuk memberi kita fasiliti kredit yang lebih besar seperti pembiayaan kereta dan rumah.
Selain CCRIS, sesetengah bank juga akan semak rekod kita di laporan kredit RAM atau laporan kredit CTOS. Jadi pastikan untuk menyemak ketiga-tiga rekod kredit tersebut juga.
===
Oleh itu, boleh amalkan kesemua tips-tips di atas agar kad kita menjadi satu kelebihan kepada kita, bukan keburukan. Pastikan kita yang mengawalnya dan bukan sebaliknya.
Jadi kini dengan mindset yang betul, boleh pilih kad kredit terbaik dan apply di RinggitPlus. Jangan lupa untuk amalkan kesemua panduan di atas!