6 Langkah Merancang Cukai Pendapatan

Kebiasaannya setiap tahun pada bulan Mac, mereka yang bekerja akan mendapat Penyata Pendapatan. Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN juga akan mula menguar-uarkan portal cukai pendapatan mereka telah dibuka.

Pada masa itu, kita tidak sempat lagi untuk mengubah apa-apa kerana tahun taksirannya adalah untuk tahun lepas. Kita hanya boleh memasukkan segala pendapatan dan perbelanjaan. Jadi sebenarnya, masa yang terbaik untuk kita merancangnya, adalah dalam tahun sebelumnya. Namun bagaimana caranya?

Rancang Untuk Tahun Taksiran Sekarang

Portal cukai pendapatan atau e-Filing sememangnya boleh membuat pengiraan automatic, namun ianya adalah untuk tahun taksiran lepas sahaja. Portal tersebut juga hanya dibuka untuk tempoh tertentu sahaja. Jadi untuk tahun taksiran sekarang, satu alternatifnya ialah guna pengiraan manual.

Satu cara mudah buat pengiraan tersebut ialah menggunakan borang cukai pendapatan LHDN sendiri. Sebab ianya telah lengkap dengan segala formatnya. Cuma sebab ianya borang tahun taksiran lepas, kita perlu kemaskini sendiri info-info seperti pelepasan dan kadar yang terkini. Boleh rujuknya di bahagian Belanjawan tahun taksiran sekarang.

Untuk contoh yang mudah, kita ambil Ali yang masih bujang, kategori BE (tiada perniagaan) dan berpendapatan RM3,000 sebulan tahun sekarang.

1. Kira Bahagian Pendapatan

Langkah pertama ialah Ali mengisi bahagian jumlah pendapatan iaitu RM3,000 x 12 bulan = RM36,000:

borang cukai pendapatan- pendapatan

2. Kira Bahagian Pelepasan

Kemudian Ali isi pula bahagian pelepasan cukai pendapatan. Pelepasan automatik yang Ali akan dapat ialah RM9,000 dan KWSPnya pula sebanyak RM36,000 x 11% = RM3,960. PERKESO juga semestinya ada, cuma kami tidak kira untuk lebih memudahkan contoh ini:


Boleh rujuk juga Nota Penerangan untuk tahu lebih detail tentang setiap pelepasan tersebut. Setelah mendapat jumlahnya iaitu RM12,960, Ali pindahkan jumlah tersebut ke bahagian B9. Kemudian tolakkan dari jumlah pendapatan untuk mendapat pendapatan bercukai iaitu RM23,040:

Pengiraan Cukai Pendapatan - Pendapatan Bercukai

3. Kira Cukai Pendapatan

Sekarang, Ali dapat membuat pengiraan cukai pendapatannya dengan merujuk jadual kadar cukai pendapatan. Pendapatan bercukainya iaitu RM23,040 jatuh di banjaran RM20,001 – RM35,000 seperti berikut:

Setelah mengenalpastinya, Ali memasukkan nilai-nilai tersebut dan mengira jumlah cukai pendapatannya iaitu RM302:

Pengiraan Cukai Pendapatan

4. Kira Bahagian Rebat

Ali teruskan dengan mengira rebat cukai pendapatan. Oleh kerana pendapatan bercukainya kurang daripada RM35,000, dia mendapat rebat sendiri sebanyak RM400.

Untuk rebat zakat pula, Ali anggarkan tahun ini zakat fitrahnya sebanyak RM7. Pengiraan zakat pendapatannya pula ialah RM486. Dia masukkan jumlah kedua-dua zakat tersebut iaitu RM493 dan teruskan pengiraan hingga akhir:

Pengiraan Cukai Pendapatan Setelah Rebat

Sekarang Ali telah tahu anggaran pengiraan akhirnya. Dia bukan sahaja tidak akan dikenakan bayaran cukai pendapatan untuk tahun ini iaitu RM0, malah Potongan Cukai Bulanan (PCB) dari payslipnya pula telah terlebih bayar sebanyak RM100.20. Seterusnya dia akan dapat claim semula jumlah tersebut.

5. Bagaimana Jika Masih Ada Baki Cukai Kena Dibayar?

Jika Ali masih ada baki cukai kena dibayar, ada 2 cara yang dia boleh gunakan untuk memaksimumkan pelepasannya:

a) Tambah Bahagian Pelepasan

Ali boleh pergi semula ke bahagian pelepasan cukai pendapatan di atas dan rancang untuk tambah di mana-mana bahagian pelepasan yang sesuai pada tahun ini. Antaranya:

  1. Pelepasan RM3,000 Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS). Boleh buka akaun percuma di sini.
  2. Pelepasan RM2,500 pembelian buku. Di samping itu, boleh juga tingkatkan ilmu kewangan melalui buku-buku kewangan di bahagian shop kami.

b) Tambah Bahagian Derma atau Hadiah

Dia juga boleh rancang pada tahun ini untuk tambah Derma dan Hadiah Yang Dibenarkan di B5 bahagian pendapatan di atas. Ali boleh checkĀ Senarai Institusi Atau Organisasi Yang Diluluskan:

Pengecualian Cukai Pendapatan Derma dan Hadiah

Kemudian Ali ulang pengiraan dari mula di atas sekali lagi untuk menyelaraskan dan memaksimumkan pelepasan cukai pendapatannya.

6. Simpan Segala Rekod

Akhir sekali, Ali akan pastikan segala dokumen dan resit di atas akan disimpan di Dropboxnya. Jadi mudah untuk dia merujuknya semula apabila tiba masa mengisi dan menghantar e-Filingnya. Ianya juga sangat berguna jika dia dipanggil untuk diaudit. Ianya selaras dengan peringatan LHDN agar segala rekod perlu disimpan selama 7 tahun.

===

Begitulah cara Ali merancang cukai pendapatannya untuk tahun taksiran sekarang. Dengan kaedah di atas, dia dapat lebih bersedia. Secara tidak langsung, Ali dapat merancang perbelanjaannya sepanjang tahun dengan lebih bijak juga.

Untuk panduan tambahan dengan lebih detail, boleh dapatkan buku Kurangkan Cukai Secara Sah dan buku Bijak Cukai.

Dapatkan tips kewangan terkini

Invalid email address